Wednesday, June 3, 2009

KONVO VS RESULT

Pada 1 Jun 2009 yang lepas, secara rasminya aku bergelar graduan. Lepas tiga tahun aku mengabdikan diri dengan assignment, exam dan aktiviti-aktiviti di Puncak Perdana, akhirnya aku layak menerima penghormatan ini. Tapi sesungguhnya aku tak bangga langsung aku da grad. Tapi boleh dikatakan aku puas hati sebab segalanya berbaloi. Dari aku terpaksa berbelanja besar untuk satu assignment, sehingga aku hilang kawan dan juga orang yang penting dalam hidup aku. Sume pengorbanan itu dibalas pada Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM ke-70. Tapi aku sedih. Sedih sangat orang yang penting itu - yang telah berkorban masa, duit, tenaga, hati, perasaan dan minda - tidak dapat menghadirkan diri menyaksikan aku menerima transkrip itu. Alaaaaaaaa.. Tak penting da kot. Takde jodoh.

Baru je aku nk menikmati keseronokan bergelar graduan, aku dikejutkan dengan pertanyaan "result kuar bile?". Adoyai!!!!!!!!! Result sem 3 degree pule. Str
ess! Stress! Stress! Time konvo tu aku jeles sangat dengan mereka yang pakai selimpang. Aku bertekad untuk degree ni, aku nk selimpang itu. Tapi untuk part 3 ni macam susah je nk dpt.

Kejap ye.. Meh aku listkan subject-subject membunuh yang bakal menghalang aku untuk mendapat selimpang itu.


1. Statistik

2. Communication Regulation and Policy

3. Management
4. Communication Theory

Adoyai!! Macam sume je membunuh. Blom lagi masuk subject-subject sem akan datang. Aku predict subject-subject yang membunuh untuk next sem adalah:


1. Communication Law & Ethics

2. Management Information System

3. Communication Planning & Information Design

Harap-harap lah ini hanya ramalan semata-mata. Tekanan jadi pioneer untuk course ni memang btol-btol menguji tahap kesabaranku.

Akan berjaya atau tidak kah saya, kita tunggu lagi dua tahun. Kalau tak dapat selimpang itu, dapat berada dalam kelas pertama pon da cukup membanggakan. Doakan saya!!


Gambar pada hari bersejarah itu.

No comments: