Monday, October 8, 2012

MEROYAN

Hari ni, setelah sekian lama aku tak mengvisit blog sendiri.Setelah sekian lama aku tak meroyan kat sini. Setelah sekian lama aku malas dah nak menulis. Aku tulis ni pon bukan ada orang baca. Syok sendiri? Oh tidak. Sbb aku ada lagi medium lain untuk menulis dan seluruh rakyat Malaysia akan baca. Alhamdulillah dengan apa yang aku buat dan aku dapat setakat ini. Memang aku nak tulis dan bagi orang baca. But not this one. Yang ini aku tulis suka-suka sebab ni la tempat aku nak meroyan yang takkan ade orang akan marah or peduli pon. 

Ya, hari ni memang aku tengah meroyan. Kata halusnya hati sedang tersentuh dan aku ingin meluahkan rasa ni supaya aku tak gila pendam sorang-sorang. Aku memang takde tempat nak mengadu. Takde tempat bercerita. Kawan-kawan lain ada masalah diorang sendiri. Jauh sekali aku nak cite kat family aku. Taktau la kenapa rasa macam kelakar nak mengadu kat mama apa yang aku rasa. Nak cite kat kakak-kakak aku yang gile tu pon, tak mungkin aku mampu. Aku memang dah takde sape. 

Apa yang aku nak sebenarnya eh? Aku nak ada orang yang tau aku tengah meroyan and willingly to listen to my bullshits without me telling him "I'm moody!" and he still would never judge me. Tapi mana nak cari? Ya ampun.. I went everywhere just to find him. Kenapa Tuhan tak temukan kami lagi? 

Ke aku ni terlalu bergantung dengan seseorang tu sampai aku hanya harapkan dia yang selalu dengan aku sampai aku taknak bukak pintu hati ni utk orang lain? Takkkk.. Kalau ada sape-sape yang datang, yang ikhlas dan yang jujur nak kat aku, insyaAllah aku takkan tolak. Betul ke? Betul ke kau takkan tolak Rizki? Mungkin aku tak cukup istikharah. Tapi aku pernah solat istikharah mintak Tuhan dekatkan dia dengan aku kalau dia jodoh yang Allah tetapkan utk aku. He did. Tapi lagi aku dekat dengan dia, lagi banyak aku makan hati. Lagi banyak aku sakit hati. Lagi banyak aku membenci. I don't know if I'm the one who has to change or he should change himself. 

Dan aku berdoa, kalau dia bukan jodoh aku, bawak dia jauh-jauh dari aku supaya rasa untuk dia hilang dan rasa tu aku simpan untuk orang yang selayaknya. Tapi jauh mana pun dia pergi. Tak kemana. Pusing-pusing dia datang balik. So dia ke jodoh aku? Tapi kenapa aku rasa sakit tiap kali dia dekat? Takkan love hurts. Tak mungkin. 

Tiap kali I tell myself to berhenti berharap, whenever he comes nearby, harapan ni melambung-lambung naik. Everytime I tell myself not to reply or pick up his calls, I ended up communicate with him. Everytime I tell myself it's ok to befriend with him, I ended up get hurt. Why couldn't he just leave me and let me live my life peacefully. If only he understands how hard it is to forget him. I want to forget him. I want to forget you. But I just can't. 


No comments: