Saturday, September 21, 2013

SUNYI

Sesungguhnya kau sunyi
Kau mahu hidup dalam seindah-indahnya mimpi
Kau enggan fikir yang lain, hanya diri sendiri
Mana harga diri kau pergi

Adakala kau bagai terjaga dari mimpi lena
Kau sedar kau pernah merana
Sakitnya hati dihiris nipis-nipis kadang terasa
Tapi itu hanya sementara

Dan kau keliru
Mendambakan realiti seindah mimpi
Mengharapkan sepi berlalu
Datanglah bahagia ditemani kekasih hati

Wahai Sang Pencipta
Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba
Jika dia atau bukan, permudahkanlah
Agar tiada satu hati pun yang akan terluka

No comments: